Jangan bersedih

7 Perkara Anda Boleh Lakukan Ketika Bersedih Dan Pulihkan Dalam Masa Kurang 5 Minit

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kita bersedih. Hakikat dukacita itu sebenarnya ia telah membawa kita untuk beringat dan kembali kepada Allah. Tanpa sedih itu, mungkin kita lupa kepada Allah.

“Tekanan terjadi apabila kita ada pergantungan dengan selain Allah.” – Prof Dr. Muhaya

Apabila saya bersedih, saya akan berbuat sesuatu dan yang boleh bantu saya pulih dengan cepat. Maka, terhasillah artikel ini. Ia antara teknik berkesan memulihkan kesedihan pada saya yang buat saya rasa lebih baik daripada sebelumnya – dalam masa yang singkat.

1. Tulis dan bakar kertas

Ambil kertas A4. Tuliskan kenapa kita bersedih. Senaraikan sebanyak-banyaknya. Kemudian, ambil kertas itu, ambil lighter atau mancis dan bakar kertas itu.

Tip Atasi Kesedihan - tulis dan bakar kertas

Andai rumah kita ada rumput, biarkan ia terbakar di atas rumput. Atau boleh bakar dan flush dalam tandas. This is really rare dan insane. Tetapi cubalah untuk dapatkan kesannya.

Pada saya, ini antara aktiviti kegemaran saya apabila sedih, risau, dan berasa huru-hara.

2. Google keyword tentang ‘atasi kesedihan’

Adakalanya saya akan Google perkara seperti ‘Jangan Bersedih surah’. Saya letak ‘surah’ adalah supaya saya dapat artikel yang masukkan ayat-ayat Al Quran untuk segarkan iman saya.

Dan hari ini saya telah dapat artikel ini, Jangan Bersedih Wahai Manusia. It really made my day to make me feel better. Alhamdulillah.

3. Tonton video Youtube tentang kesedihan

Sama seperti tip 2. Pergi ke Youtube dan masukkan keyword tentang ‘atasi kesedihan’. Ini antara video yang menarik untuk kita tonton.

Hakikat Dukacita oleh Dr. Asri

 

Tonton banyak kali sehingga kita rasa lebih baik daripada sebelumnya.

4. Luahkan kepada Allah

Saya teringat quote daripada Ustaz Yusuf Mansor,

“Sebelum cari manusia, cari Allah dulu.”

Jadi, sebelum kita luahkan kepada manusia, di media sosial, luahkan kepada Allah. Luahkan kepada Dia seperti kita bercakap dengan manusia. Jadikan Allah itu sahabat yang lebih rapat daripada sahabat karib kita. Insya-Allah kita rasa lebih baik apabila kesedihan kita diluahkan kepada Allah.

5. Baca buku inspirasi

Buku La Tahzan

Baca buku tentang kesedihan. Rujukan yang terbaik adalah buku La Tahzan. Insya-Allah kita rasa seperti segarkan iman dan dipulihkan kesedihan apabila membaca buku itu.

6. Senyum 5 minit

Menurut Wikipedia,

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis, berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

Dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki bab 1 mukasurat 23, turut ditekan perihal senyum kerana ia membantu mengurangkan tekanan.

Notis: Senyum lama ini jangan depan orang. Khuatir dikatakan gila :D

7. Buat orang lain gembira

Ketika saya menulis artikel ini, alhamdulillah saya telah pulih daripada kesedihan. Saya buat tip nombor 1, 2, 6 dan 7 ini. Ketika ini, ada sahabat saya yang akan graduate pada esok hari.

Apa yang saya lakukan, saya design e-kad ringkas dan minimalist untuk mereka. Dan tag mereka. Saya rasa gembira melihat mereka ucapkan terima kasih. Saya pernah rasa hari graduasi. Jadi, pasti mereka sedang seronok menunggu hari esok.

Tip atasi kesedihan - buat orang lain gembira

Saya berkongsi apa yang berkesan dalam masa yang singkat untuk memulihkan kesedihan. Jika anda melakukannya dan mendapati ia berkesan, mohon komen di bawah. Saya sangat teruja dan suka apabila mengetahui apa yang saya kongsi membantu orang lain, insya-Allah.

Oh ya, mohon kongsi juga apa yang anda lakukan ketika bersedih. Ia termasuk mutiara kata, ayat-ayat Al Quran atau hadis yang terkesan di hati anda.

442 total views, 9 views today

Teruskan bacaan >>

To Do List

Hanya 100 Patah Perkataan Yang Anda Patut Baca Hari Ini

Bagi mencapai kejayaan, penting untuk fokus dan istiqamah bertindak.

Kita boleh …

  • Pergi 101 seminar
  • Baca 101 buku
  • Berguru dengan 101 pakar

Tetapi tiada apa yang akan terjadi selagi kita tidak praktikkan. Oleh sebab itu, saya menulis 100 patah perkataan untuk membangunkan hati yang pegun.

Daripada sekadar baca, lakukan sesuatu sekarang.

Lakukan sesuatu untuk bisnes, kehidupan dan spiritual anda yang akan mendekatkan anda dengan impian dan Tuhan.

Apa yang saya mahu adalah anda tinggalkan komen tentang apa yang anda mahu lakukan selepas baca artikel ini, dan kita lihat apa yang kita boleh siapkan pada hari ini.

Boleh boleh? Saya mulakan.

383 total views, 6 views today

Teruskan bacaan >>

Rumah pelangi di pantai Australia

Bagaimana Dapatkan Tiket Penerbangan Murah Sehingga Jimat RM3 – 4 Angka? Dalam Dan Ke Luar Negara

Artikel ini ditulis khas untuk backpackers, traveller, kaki travel yang mahu dapatkan tiket (flight) penerbangan murah sehingga jimat RM3 – 4 angka. Sama ada dalam dan ke luar negara.

Ia adalah perkongsian daripada rakan maya saya yang selalu ulang-alik naik kapal terbang tiap 2 – 4 minggu dan sudah berkecimpung dalam bidang pelancongan selama 4 tahun, dan pernah menguruskan pelbagai penerbangan ke luar negara.

Apatah lagi pada masa kini segala barang sudah naik. Terbaru harga minyak naik 20 sen. Jadi, pasti tiap daripada kita mencari-cari cara untuk kurangkan belanja. Yang lebih penting, nak atau tak nak, kita perlu tingkatkan pendapatan.

Bagaimana Dapatkan Tiket Penerbangan Murah?

… terutamanya ke luar negara. Syarat ketat – ada ilmu. Suatu hari saya nak tempah penerbangan ke Kota Bharu (dalam negara je :3). Ketika itu tiada ilmu dapatkan tiket murah. Rasanya kena bayar lebih RM300 untuk ulang-alik. Pffttt!

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Selepas itu ada seorang biz network beri saya beberapa tip. Sedangkan pada ketika itu sudah tempah tiket.

Selepas baca tip beliau, sebenarnya saya dapat jimatkan sehingga RM100 – RM200 untuk ulang-alik. Aduh! Rasa menyesal tak tanya dia dulu, sebab dia antara individu yang sudah biasa dapat tiket murah kerana selalu mengkaji.

Bukan dalam negara sahaja tetapi luar negara. Ada yang sehingga dapat jimatkan RM4,730 untuk flight ke luar negara. Antaranya ke …

  • London Hearthrow, UK
  • Perth, Australia
  • New York, United State
  • Paris, Perancis
  • Amman, Jordan
  • Seoul, Korea

Australia tak menahan tu – my wishlist. Dush! Sekarang berhajat kuat ke United Kingdom pula. Biiznillah.

Suatu ketika, oleh sebab mungkin beliau selalu tengok Facebook Insyirah Azhar bercerita tentang travel, beliau PM saya.

“Insyirah, awak nak tak tip dapatkan tiket penerbangan yang murah? Saya tengok awak selalu post tentang nak pergi travel. Saya rasa ini bakal membantu awak.”

“Mestilah nak. Terima kasih, tuan.”

Selepas itu beliau beri saya beberapa tip.

Penafian: Tip yang diberikan mungkin berubah mengikut keadaan semasa

Berikut antara tipnya …

1. Hari Terbaik Menempah Tiket

Ada hari-hari tertentu yang kita boleh dapatkan tiket penerbangan murah. Harga tiket penerbangan tidak statik. Ia mungkin berubah berdasarkan permintaan dan persaingan. Kebiasaannya syarikat penerbangan memaparkan harga terbaik mereka pada lewat Isnin atau awal Selasa.

Kemudian, pesaing mereka akan menawarkan pula harga terbaik daripada syarikat mereka beberapa ketika selepas itu. Maka hari terbaik untuk menempah tiket penerbangan adalah pada hari Selasa dan Rabu.

AirAsia Fabulous fly day

Ada juga syarikat penerbangan yang menawarkan tiket lebih murah pada hari Jumaat. Jetstar, sebuah syarikat penerbangan Australia, memperkenalkan ‘Friday Fare Frenzy’. Airasia pula dengan ‘Friday Fly-Day’.

Syarikat-syarikat penerbangan akan memilih hari-hari tertentu untuk melihat keseluruhan tempahan. Lalu melancarkan promosi harga tiket lebih murah daripada membiarkan tempat duduk kosong.

Kos serendah RM1 untuk tiap tempat duduk lebih baik daripada tidak dapat apa-apa. Ia adalah taktik yang dipraktikkan oleh syarikat penerbangan bagi memaksimakan pendapatan.

2. Musim terbaik untuk terbang

Sesuatu yang cliche (basi atau sudah biasa didengar). Ia adalah kerana musim percutian dan perayaan, banyak permintaan yang sekaligus akan menyebabkan harga semakin meningkat.

Dalam industri penerbangan, kita sukar mendapatkan harga murah jika ingin terbang pada musim percutian dan perayaan.

Pada musim sebegini juga, harga hotel turut meningkat dan sukar diperolehi melainkan dengan tempahan awal. Oleh itu, rancang sebaik mungkin tarikh penerbangan kita, supaya dapat menjimatkan perbelanjaan percutian.

Selain itu, hari penerbangan juga menawarkan harga tiket yang berlainan. Menurut kajian oleh FareCompare.com, hari Rabu adalah paling murah untuk terbang dan diikuti dengan Selasa dan Sabtu.

3. Promosi! Promosi! Promosi!

Penubuhan banyak syarikat penerbangan memberi keuntungan kepada pengguna. Oleh sebab, dengan banyaknya syarikat penerbangan, kita bebas dan dapat membandingkan harga tiket antara mereka.

Antara strategi persaingan adalah tawaran promosi harga rendah. Adakalanya mereka menawarkan tiket percuma! 

Maka apabila tawaran promosi ini dilancarkan, jangan lepaskan peluang.

Tip Mendapatkan Harga Tiket Murah Ketika Promosi

Beberapa tip yang boleh dipraktikkan bagi merebut peluang semasa promosi dijalankan. Antaranya …

i. Langgan newsletter syarikat penerbangan

Subscribe (langgan) newsletter syarikat supaya sebarang promosi mereka terus dihantar ke emel anda sebelum ia dilancarkan. Jadi anda dapat mengetahuinya lebih awal dan dapat bersedia untuk merebut peluang promosi tersebut. Asingkan notifikasi ke primary inbox bagi gmail, supaya tidak tenggelam dengan 101 emel spam.

ii. Dapatkan update terkini di media sosial

Airasia Get Notifications

Ikuti (follow, like) syarikat penerbangan melalui media sosial kerana ia lebih memudahkan komunikasi dua hala berlaku. Disarankan tanda pada ‘Get Notification’ pada Facebook fanpage mereka supaya tidak terlepas tawaran promosi penting.

iii. Pandang mata helang

Apabila satu syarikat menawarkan promosi yang ‘terlalu hebat’, ia pasti akan diikuti oleh syarikat lain. Oleh itu, jangan terburu-buru melihat satu syarikat penerbangan sahaja untuk menempah tiket penerbangan.

iv. Kekal setia untuk promosi berangkai

Kebiasaannya, apabila tempoh sesuatu promosi tamat, ia akan diikuti oleh satu lagi promosi. Ia dipanggil promosi berangkai, supaya anda terus kekal bersama syarikat tersebut.

4. Ganjaran kad keahlian

Sama seperti fungsi Bonuslink. Apabila dapat kumpul point yang banyak, kita dapat tebus untuk dapatkan barang secara percuma melalui tukaran point.

Syarikat penerbangan memperkenalkan kad keahlian yang memberikan suatu nilai mata (point) setiap kali anda menempah tiket penerbangan. Nilai mata ini akan terkumpul dan ia boleh ditebus untuk tiket penerbangan.

Kad Big Airasia

Contohnya Malaysia Airlines (MAS) memperkenalkan kad Enrich, dan AirAsia dengan kad BIG. Semasa menempah tiket, terdapat ruangan untuk memasukkan nombor keahlian, dan nilai mata anda akan terkumpul dalam sistem mereka.

Jika anda adalah ‘frequent flyer’, amat rugi jika tidak mendaftarkan diri untuk program ini. AirAsia sering menawarkan sesuatu promosi mereka kepada ahli kad BIG lebih awal 1 hari, sebelum membuka tawaran tersebut kepada orang ramai.

5. Bandingkan harga

Memandangkan penubuhan syarikat penerbangan yang semakin sihat, pengguna akan dapat kelebihan untuk bandingkan harga tiket yang lebih murahWalau kita rasa kita dapat harga tiket paling murah, bertenang. Jangan terburu-buru mengklik butang ‘Tempah’.

Bandingkan harga dengan syarikat penerbangan yang lain. Ada potensi syarikat lain akan turut menawarkan harga tiket lebih murah. Tiap laluan penerbangan, ada minima dua syarikat penerbangan yang beroperasi.

Dan lebih banyak syarikat beroperasi dengan laluan-laluan popular yang mendapat permintaan tinggi. Gunakan website travel untuk bandingkan harga.

3 Website untuk bandingkan harga tiket penerbangan

5 tip di atas adalah adaptasi dan modifikasi daripada 9 Rahsia Tiket Murah daripada biz network saya, Tuan Faizul Hafiz dan Tuan Zaim Azfar. Saya telah diberi kebenaran untuk menyegarkan semula maklumat tersebut.

Rakan saya ada menawarkan rujukan lanjut jika anda ingin dapatkan tiket penerbangan murah sehingga jimat RM4 angka ke United Kingdom. Klik link di bawah,

Panduan Tiket Penerbangan Murah Seluruh Dunia <– klik sini

2,008 total views, 3 views today

Teruskan bacaan >>

Cara meningkatkan keyakinan diri dan kejayaan dalam perniagaan

Forbes – Bagaimana Meningkatkan Keyakinan Diri Dan Kejayaan Dalam Perniagaan

Artikel ini adalah tentang bagaimana meningkatkan keyakinan diri dan kejayaan dalam perniagaan, oleh jenama rujukan usahawan terkenal, Forbes – ulasan dalam bahasa Melayu mengikut kefahaman dan olahan saya. Ia adalah perkongsian oleh Paul Meshanko, seorang prossional speaker dan business leader.

Paul Meshanko

Dalam page Taaruf, saya menulis ayat ini,

  • Entrepreneur
  • Strategist
  • Marketer

… itu bukan saya. Saya hanya seorang content producer dan editor a.k.a CPE non-fiksyen.

  • Saya tidak tahu cara menjadi seorang usahawan (entrepreneur) walau nampak macam seorang usahawan.
  • Saya tidak tahu pasarkan ebook saya guna FB Ads, Google Adwords a.k.a menjadi seorang marketer.
  • Saya tidak tahu membina plan jangka masa panjang untuk mengembangkan bisnes ebook saya a.k.a menjadi seorang strategist.

Mungkin saya seorang yang bodoh sombong kerana tidak meminta pertolongan daripada sesiapa. Saya tak upah strategist, marketer, untuk mengembangkan bisnes saya.

Berputus asa, bersedih

Adakalanya terasa seperti seorang pengalah (loser). Sudah banyak kali saya ungkap tentang mahu berhenti dan berputus asa.

Tetapi akhirnya, walau rasa seperti pengalah yang sangat teruk pun, saya tetap akan kembali teruskan. Kembali menulis. Kerana penulisan adalah keghairahan (passion) saya.

Apabila Rasa Berputus Asa, Fikir Semula Kenapa Kita Mulakan Dulu

Quote daripada Muharikah (diubah menjadi bahasa Melayu dengan ejaan penuh),

Jika rasa tiada mood dan depress untuk buat kerja, stop dan reflects.
Kenapa aku buat kerja ini in the first place?
Lepas itu, PERBAHARUI niat.
Berbuatlah sesuatu kerana Allah, nescaya yang sukar menjadi mudah.
Yang benci menjadi cinta

Tambahan lagi apabila saya membaca testimoni pembaca yang mendoakan saya dikurniakan ilham untuk menulis, ada yang berkongsi membaca penulisan di blog (kandungan lama) berkali-kali, dan memberikan semangat dan nasihat kepada saya supaya terus menulis.

Naruto - jangan berputus asa

Seperti Allah sedang berkata sesuatu,

“Insyirah teruskan. Ada ramai orang yang masih perlukan kau.”

Selalu dan banyak kali Allah buat. Saat rasa nak berputus asa, Allah beri peringatan dan semangat lagi dengan adanya testimoni-testimoni begitu. Mungkin, Allah ingin ajarkan ikhlas dan perbaharui niat buat kerana Dia.

“Allah lebih tahu. Adakalanya Dia tak beri kerana bukan itu yang kita perlu. Dan Allah lebih tahu apa yang kita perlu berbanding mahu.”

Berikut saya berikan tip-tip tentang bagaimana meningkatkan keyakinan diri dan kejayaan dalam perniagaan. Saya tidak terjemahkan semua kandungan artikel How to Increase Self Esteem And Success In Business oleh Forbes.

Hanya ambil yang saya rasa paling terkesan di hati saya. Ia juga sesuai bagi pekerja makan gaji untuk meraih kejayaan dengan kerjaya sedia ada.

1. Kenalpasti kekuatan dan rancang untuk penambaikan

Kita tidak mampu buat semua tetapi jangan tinggal semua. Kita tidak boleh menjadi seorang marketer, content producer, akauntan dalam masa yang sama. Seperti saya, seorang content producer dan editor. Saya bukan seorang marketer, strategist atau akauntan.

Jadi, apa yang saya boleh buat adalah fokus kekuatan saya tentang menjadi penulis, dan belajar bagaimana saya boleh gunakan penulisan sebagai pemasaran. Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Content Marketing. Dr. Azizan Osman juga ada berkongsi,

“Fokus beb! Jangan jadi pakar semua benda tetapi tidak kuasai satu perkara pun! ‘Mastery’ adalah satu tahap yang akan membezakan anda dengan orang ramai bukan sekadar teori atau hipotesis semata-mata tetepi benar -benar kuasai sesuatu bidang sehingga ternyata anda terbaik! Itu namanya Master!” #DAO

Tips4Niaga - Fokus

Selepas sudah kenalpasti kekuatan, kuasai kekuatan itu. Buat perancangan untuk penambaikan. Sebagai contoh, hadam sebaik-sebaiknya tentang ‘Apa Itu Content Marketing?’ dan sebagainya. Boleh sediakan to do list, apa yang perlu buat untuk menambahbaik kekuatan kita dalam content merkating itu.

2. Maafkan diri sendiri untuk kesalahan lalu dan keputusan yang menyedihkan

Sebagai seorang yang bukan berdarah usahawan, marketer, strategist, dan akauntan, pasti ada kesalahan dan keputusan lalu yang sudah banyak saya lakukan. Antaranya banyak beli benda yang tidak perlu, banyak beli ilmu tanpa praktikkan sampai berhasil dahulu.

Yang apabila dikenang, ia mungkin buat kita rasa down dan bersedih. Bukan orang lain sahaja yang perlu kita maafkan. Diri kita juga, kita perlu maafkan. Ambil pengajaran daripada kesilapan itu dan jadikan sempadan. Jalan terus!

Jalan terus

3. Cari peluang baru untuk mengembangkan bakat dan pengalaman

Saya nampak masa depan yang cerah sebagai seorang editor atau penulis apabila melihat filem Devil Wears Prada. Ia adalah tentang cara hidup puak editor majalah hiburan. Mereka terkenal antara wartawan hiburan dan sering dijemput ke majlis-majlis mewah yang turut menghimpunkan para selebriti.

Dalam filem itu juga, ketua editor majalah fesyen Runway tersebut memakai kereta mewah yang ada pemandu. Sering ditemani oleh pembantu beliau a.k.a Personal Asisstant (P.A). Bukan bermaksud saya dambakan kehidupan yang mewah. Tetapi kerjaya penulis dan editor boleh pergi lebih jauh daripada yang kita sangka.

Di samping apabila melihat barisan speaker pada program GREAT 2014 pada 17 – 20 September 2014 yang lalu, merupakan barisan pakar daripada syarikat-syarikat yang besar.

Antaranya Mindvalley, syarikat dari Singapura, Startup School Asia, Google Malaysia dan ramai lagi. Ia merefleksi,

“Bukan hina kerja makan gaji.”

Apabila kita tahu merancang kejayaan dengan bakat kita, kita akan jadi pekerja makan gaji yang luar biasa. Zafrol Rizal Mat a.k.a Jerry juga merupakan akauntan yang jadi jutawan dengan makan gaji.

Jadi, tidak mustahil kita mampu menjadi pekerja makan gaji yang berjaya dengan mengembangkan bakat dan pengalaman.

Saya berikan contoh, cara saya mencari peluang baru untuk mengembangkan bakat dan pengalaman saya, adalah dengan menjadi content producer atau editor atau terlibat dengan projek penulisan di …productive muslim

  • Mindvalley
  • Productive Muslim
  • IMuslim
  • ILuvIslam
  • Ainon Business School (ABS)
  • Social Enterprise Alliance Malaysia
  • Forbes

4. Kenalpasti dan perbaharui semula persaingan dan perbandingan yang tidak sihat

Jadi diri sendiri. Jangan terlalu membandingkan diri dengan orang lain, sehingga buat kita rasa seperti seseorang yang tidak berguna. Orang lain berjaya kerana kadar pembelajaran mereka berbeza dengan kita.

  • Ada orang boleh jadi jutawan dalam masa 7 bulan.
  • Ada orang boleh jadi jutawan dalam masa 3 tahun.
  • Ada orang boleh jadi jutawaan dalam masa 35 tahun.

Cepat atau lambat itu tidak mengapa asalkan kita buat dan tingkatkan diri sendiri sedikit demi sedikit secara berterusan. Jadikan orang lain sebagai sumber inspirasi bukan iri hati.

5. Bina self-talk yang membina nilai diri dan kebolehan kita

Dr Ivan Joseph

Dr. Ivan Joseph, seorang pengarah atlet di Universiti Ryerson dalam videonya bertajuk The skill of self confidence: Dr. Ivan Joseph at TEDxRyersonU berkongsi,

“Bakat dan kemahiran tidak berguna tanpa ada keyakinan diri.”

Perkataan yang buruk yang sentiasa diungkapkan pada diri kita akan membunuh keyakinan diri kita. Bayangkan seorang anak sering diungkapkan perkataan-perkataan negatif pada setiap hari. Apa yang ibu bapanya sangka dia akan jadi apabila dia sudah besar?

“Menjadi seorang yang berjaya dan kaya?”

Pastinya tidak. Sebaliknya boleh jadi anak itu menjadi seorang yang penakut dan tidak berani menghadapi risiko.

“Apa yang kita fikir hari ini menentukan masa hadapan kita.”

Oleh sebab itu, penting bagi ibu bapa sering mengungkapkan perkataan-perkataan yang baik kepada anak-anak kerana perkataan-perkataan itu akan membina siapa diri mereka pada masa akan datang.

6. Fokus pada perkara yang kita boleh kawal, bukan perkara yang kita tidak boleh kawal

Hasil kepada sesuatu usaha bukan kerja kita. Hasil itu terletak kepada Allah.

“Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Ali Imran: 126)

Justeru, apa yang kita boleh lakukan adalah membuat yang terbaik pada perkara yang kita boleh kawal. Dan serahkan hasilnya kepada Allah. Bina jaringan yang kuat dengan orang-orang yang sudah berjaya dalam perniagaan, untuk mendapatkan inspirasi daripada mereka.

430 total views, 3 views today

Teruskan bacaan >>

Kenaikan harga minyak 20 sen

Cara Berkesan ‘Turunkan’ Harga Minyak 20 Sen?

Artikel ini adalah tentang cara ‘menurukan’ harga minyak 20 sen dengan menggunakan satu teknik yang membantu menaikkan taraf hidup individu yang bertaraf sederhana kepada lebih kaya, tanpa perlu kosongkan simpanan dan korbankan perbelanjaan.

Bermula 2 Oktober 2014, harga minyak mula dinaikkan kepada 20 sen. Ketika saya pulang kerja dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada waktu malam, kelihatan berderet kereta di stesen minyak.

Kenaikan harga minyak 20 sen

Saya pula bukan jenis tonton berita di tv. Ayah pula berkata,

“Di Petronas tadi ramai, di Petron pun ramai. Minyak nak naik ke?”

Saya hanya mendiam tanpa tahu situasi sebenar. Seperti yang saya sangka, harga minyak naik sejurus membuka mukabuku.

Masalah Adalah Persepsi

Saya teringat kisah Asyraf. Alhamdulillah, kini beliau di Lancaster University, United Kingdom. Gembira apabila melihat beliau memuatnaik gambar beliau di sana.

  • Kadar wang antara Malaysia dan UK adalah RM5.30 bagi 1 pound
  • Kadar wang antara Malaysia dan Jordan adalah RM4.61 bagi 1 Jordan dinar
  • Kadar wang antara Malaysia dan USA adalah RM3.27 bagi 1 US dollar

Apabila kita bandingkan kadar wang di atas, perkara sekeliling kita adalah perkara yang bukan dalam kawalan kita. Ia akan berubah. Saya pernah berkata kepada seseorang,

“Wah, duduk UK. Kayalah!”

“Tidak Cik Insyirah. Kadar di sini darab 6, maka sara hidup pun darab 6.”

Andai dilihat pada perbualan di atas, hakikatnya mereka sama dengan kita. Bezanya kadar sahaja.

London, United Kingdom
London, United Kingdom oleh Tohota

1 Pound nampak besar apabila ditukar kepada RM. Tetapi sebenarnya sama sahaja nilainya apabila kita belanjakan ia di sana.

“If you don’t like something, change it. If you can’t change it, change your attitude.” – Maya Angelou

Saya pasti, andai discroll newsfeed di Facebook pada hari ini (2 Oktober 2014), ada banyak rungutan tentang kenaikan. Antaranya sikap menyalahkan orang lain.

“Terima kasih kerana mengundi blablablabla.”

Tetapi kita melihat pada diri sendiri tentang apa yang kita boleh ubah.

“Banyak orang yang berfikir untuk mengubah dunia, tapi tak banyak yang berfikir untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik.”

Kuasa Syukur – #CountYourBlessingsChallenge

Berikut saya sertakan testimoni ebook karya saya iaitu Seni Menulis 101 Impian:

Testimoni Seni Menulis 101 Impian

Beliau berkongsi bagaimana dengan kuasa syukur, beliau dikurniakan rezeki yang mengalir masuk.

“Setiap kali kita menolak perkara negatif dalam hidup, kita sedang memberi lebih ruang untuk perkara positif dalam hidup.”

Apabila kita fokus pada perkara yang kita boleh rungutkan, kita akan terlepas pandang apa yang kita boleh syukurkan. Oleh sebab itu, saya adakan #CountYourBlessingsChallenge untuk diri sendiri bagi mengatasi kemiskinan jiwa walau berharta.

Bagaimana ‘Menurunkan’ Harga Minyak 20 Sen?

Antara formula $90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan adalah,

“Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai.”

Tiada cara lain selain perlu tambah pendapatan berbanding hanya kurangkan perbelanjaan. Supaya dengan meningkatkan pendapatan, kita akan rasa 20 sen satu nilai yang kecil = merendahkan kepercayaan,

“20 Sen tu besar derr …”

Di samping bukan sahaja membanteras isu kemiskinan harta, tetapi kemiskinan jiwa yang asyik melihat kekurangan dalam kehidupan dengan merungut sesuatu yang boleh dibuat pilihan.

Di mana saya boleh bermula untuk tambah pendapatan?

Baru-baru ini sifu Faisal Abdullah menawarkan sebuah program yang sudah disertai oleh lebih 1,140 peserta berjaya untuk bantu buat duit minima RM2,000 pada tiap bulan. Ada antaranya,

  • Jana RM1,140 tanpa kos pemasaran dalam masa 72 jam
  • Untung bersih RM1,200 dalam masa kurang seminggu
  • Mendapat tempahan sehingga 1,000 anak ayam … epik!
  • Jana jualan RM6,000
  • Jualan mencecah RM2,160 setelah belajar dalam masa 7 hari!
  • Jana RM11,480 dalam masa 11 hari … masya-Allah tabarakallah!

Rasa skeptikal?

Promosi MB2000

Bagaimana nak dapatkan? Muatturun Senarai Produk Laku Keras Dan Margin (Keuntungan) Tinggi <— klik sini

675 total views, 3 views today

Teruskan bacaan >>

Anjung Tinjau KLIA

3 Pengajaran Saya Belajar Daripada Hantar Budak Pandai Pergi Belajar Luar Negara

Baru pulang daripada menghantar adik Asyraf di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk berlepas ke luar negara bagi menyambung pelajaran beliau dalam bidang kewangan.

Asyraf adalah salah seorang pengikut saya di dunia maya sejak 2013 di samping salah seorang rakan penulis.

Hasil kesungguhan beliau membuat yang terbaik dalam akademik, telah membuat beliau berjaya memikat pembiaya untuk membiayai pelajaran beliau di luar negara.

Kapal Terbang MAS

Kisah Sebelum Bertolak

Sebelum pergi, berkira-kira nak naik pengangkutan awam atau kereta pinjam.

Pengangkutan awam

  • RM10.80 – kos ulang alik antara stesen KTM tempat saya dan stesen KTM Bandar Tasik Selatan
  • RM26.50 kos sehala menaiki KLIA Transit dari stesen Bandar Tasik Selatan ke KLIA
  • Darab 2 (dua hala) = RM53.00

Jumlah kos = RM63.70

Kekurangan naik pengangkutan awam, perlu bertolak awal dan ada potensi lewat seperti kelewatan (delay) ketika saya pulang dari tempat kerja ke rumah.

Kereta

Apabila naik kereta,

  • RM20 – kos minyak
  • RM4.10 – kos tol dari tol Nilai ke KLIA
  • RM13.20 – kos parking di KLIA selama 3 jam
  • RM10.70 – kos keluar daripada KLIA ke tempat saya

Jumlah = RM47.90

Ini bermakna, dengan memakai kereta pinjam, saya telah jimatkan kos sehingga RM15.80. Kenapa begitu obses mengira? Kata Abang Abu,

“Orang kaya adalah orang yang bertanggungjawab.”

Hatta 5 sen mereka berkira untuk keluarkan duit sendiri. Kerana itu mereka kaya dengan menjadi kedekut dan teliti tentang aliran kewangan mereka.

Peranan Di Sebalik Tabir Seorang Penulis

Menjadi seorang penulis bukan tentang sekadar menulis. Dalam hidup seorang penulis yang lebih baik adalah menjadi penulis yang berfikir. Andai orang pandang buku sekadar buku, seseorang penulis itu akan ‘nampak’ di sebalik tabir buku itu.

Sesuatu yang boleh dihuraikan daripada hanya melihat sesebuah buku.

Erti penulis sebenar

Seorang penulis buku bukan sekadar seorang penulis, adapun Dale Carnegie ketika menulis buku How to Stop Worry and Start Living, beliau mengkaji 22 buah buku tentang takut.

Nah! Daripada situ apa yang boleh kita simpulkan,

“Penulis bukan sekadar individu yang menulis. Penulis adalah individu yang mengkaji banyak perkara, lalu ringkaskan, tulis untuk memudahkan pemahaman dan penghadaman pembaca.”

Artikel ini adalah tentang apa yang saya belajar daripada menghantar rakan penulis belajar di luar negara daripada aspek kehidupan, bisnes dan spiritual. Insya-Allah.

1. Orang suka dan teruja, kita biasa

Ketika bertemu adik Asyraf, terserlah ke-excited-an beliau apabila saya turun padang untuk menghantarnya. Ibarat seseorang yang terkenal dan disukai kita, tiba-tiba sudi hantar kita yang bukan orang hebat atau terkenal pergi belajar luar negara.

Tak melompat kita! Haruslah kan..

Lelaki teruja

Pada saya, ia biasa. Saya tidak rasa apa-apa (ayat zalim, jangan berkecil hati hee). Sekadar naluri hati saya mengatakan mahu pergi hantar. Apatah lagi, pada hari itu, tiada apa-apa aktiviti.

Bukan selalu buat begini. Orang eksklusif sahaja yang dapat pendekatan ini (mesti Asyraf terharu). Beliau adalah antara rakan penulis dan pengikut saya sejak 2013.

“Terima kasih atas sokongan yang berpanjangan. Jazakumullah.”

Daripada isu ini, saya teringat kisah salah seorang rakan saya. Beliau seorang hawa. Menyukai seorang adam. Adam tersebut adam yang rapat dengannya. Segala kebaikan adam terhadap hawa itu membuat hawa itu tersuka padanya.

danbo-pemalu

Seperti adam itu selalu mengambil berat tentangnya. Tetapi mereka bukan sepasang kekasih. Sekadar rakan kerja. Dan adam tersebut tidak tahu hawa itu sukakannya. Beliau layan rakan saya itu seperti biasa.

Suatu hari, rakan saya memberanikan diri meluahkan perasaan seperti timba cari perigi. Meluahkan dengan niat untuk teruskan ke arah pernikahan. Rupa-rupanya adam itu tiada perasaan suka yang sama seperti hawa itu.

Baginya, segala perlakuan yang dilakukan terhadap hawa itu hanya seperti adik dan kakak.

Saling ambl berat. Kecewa si hawa. Lantas rakan saya undur diri daripada hidup adam itu. Walaupun begitu, adam tersebut tetap melayan hawa itu seperti biasa dan tiada apa-apa.

Danbo jauhkan diri, tawar hati

Hati mana yang tidak sakit, seolah-olah hati hawa ini batu, yang boleh hilangkan perasaan dalam sekelip mata. Menyedihkan. Justeru, buat adam.

“Andai kamu telah menolak lamaran seorang hawa, adalah lebih baik kamu undurkan diri daripada hidupnya, apabila dia mengambil langkah mengundurkan diri daripada hidup kamu.

Kerana apabila kamu semakin mendekatkan diri dengannya, ia hanya akan membuat hatinya terluka kerana dia dapat mendekati kamu, tetapi tidak dapat memiliki kamu.

2.  Menggembirakan orang lain akan buat kita gembira

Saya datang turun padang menghantar Asyraf, tidak memberi saya apa-apa wang atau keuntungan. Walaupun begitu, apa yang saya belajar, kehadiran saya yang buat adik Asyraf gembira, membuat saya terhibur melihat kerenahnya.

Terserlah sangat superexcited bertemu saya. Lucu! ^_^ Dalam pada itu, saya teringat sepotong hadis,

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari Muslim dari Anas r.a)

Pocoyo 300x300
Pocoyo gembira daripada Pocoyo.com

Rezeki … bukan tentang wang sahaja. Ia subjektif. Rezeki dan rahmat Allah beri yang saya dapat rasa, adalah rezeki kegembiraan.

Saya gembira dapat berjumpa dengan beliau dan 2 orang rakan penulis yang lain.

“It makes me feel good.”

Ada juga hadis,

Daripada Abi Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bersabda :
“Barangsiapa melapangkan orang mukmin dari suatu kesusahan (menunaikan hajat) dari kesusahan dunia nescaya Allah s.w.t melapangkan daripadanya akan kesusahan dari kesusahan hari kiamat.
Dan barang siapa memudahkan atas orang yang sedang dalam kesusahan, maka Allah s.w.t akan memudahkan ke atasnya daripada kesusahan di dunia dan di akhirat.” (Riwayat Muslim)

Sekarang pun memang saya ada hajat, insya-Allah ia boleh jadi salah satu asbab hajat dimakbulkan. Aamiin :D

3. Berjemaah lebih baik daripada solo

Walau saya penulis yang suka menyendiri, dan banyak berdikari, saya akui dengan berjemaah, lebih cepat kita berkembang. Apabila ada pasukan dalam bisnes, lebih banyak tugasan yang dapat diselesaikan dengan cepat, kerana mengagih kerja. Bukan ‘one man show‘.

If you want to go quickly, go alone . If you want to go far, go together

Saya suka semangat jemaah mereka. Mana-mana, pergi sama. Tak sepi macam saya. Sebab itu saya bekerja, untuk mengisi hati yang sepi. Hahah! Buat kerja ada teman best. Alhamdulillah rakan kerja saya sekarang pun, bukan jenis selalu bercakap.

Adakalanya kami sekadar berbual santai untuk memecah keheningan di pejabat. Mungkin. Itu juga antara rezeki apabila kita menyambungkan silaturrahim dengan orang lain dengan berjemaah.

Selesai bebelan pertama bagi wajah baru blog ini.

Apa kata anda? Blog, penulisan dalam blog ini nampak baru atau sama sahaja macam dulu? Komen anda akan membantu saya mencantikkan blog ini daripada segi penulisan, tema, kekemasan dan pertunangan (engagement) bersama pembaca.

Dan ia akan menentukan kandungan blog seterusnya.

506 total views, 2 views today

Teruskan bacaan >>